tetiba mood pagi ni nak berblogging. mood nak bercerita. tapinya tangan yang menaip la kan. harap harap masih ada pembaca nya .. ada ke ?? buat buat angguk je sudah.
well, biar orang tak tanya pun tapi nak kasitau jugak. saat ni, hanya berbaki 6 hari sebelum aku bergelar Puan. hehehe macam macam perasaan oiiii... debar dup dap dup dap, stressful here there, excited tahap nak loncat katil, sedih semua nya la.. and obviously terlalu banyak mikir itu ini..
semua pengantin rasa benda yang sama kot.. kepada yang bakal macam aku, korang rasa ke idok ? for sure rasa jugak. nasihat aku, SABAR ! yes , itu kuncinya supaya sentiasa tenang. takyah dok risau melampau, kita dah atur sehabis baik mungkin. serah yang selebihnya pada Allah. mudahan semuanya berjalan lancar. (ayat nak sedakan hati sendiri) :))
selain tu, banyakkan senyum. baru lah bertseri sikit kot muka tu. orang tua kata la kan. tapi betul hjugak. senyum je hadapi pelbagai macam dugaan yang datang, itu buat kita lebih kuat.. (dah macam pakar motivasi pulak) maaf la ter'feeling' motivator plak pepagi nih..
rasanya lepasni nak bergiat aktif balik dengan blog ni.. biar takdek yang baca pun. haha
nanti nak mikir topik best nak share. kbai !
credit : Google |