sekarang nak share 1 perkara baru yang yuhuu baru jugak explore,,
ni haaa,, sebelum ni kan yuhuu buat kek ala kadar je, sekarang baru rasa macam nak buat yang ada hiasan la, kononnya nak buat cantik-cantik tapi kek ni pertama kali cuba..so takde la cantik mana pun,,
selekeh je nampak tapi yang penting sedap ! haa, sangat la bermanfaat kepada seisi keluarga, hahaha =]
okela, sini yuhuu share la resepi, kot2 ada yang nak mencuba ke,,
Bahan-banhan :
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan gula halus
200gram mentega
5biji telur (gred B)
Pewarna
Cara-cara :
1. pukul mentega sehingga kembang, masukkan gula,pukul lagi, dan masukkan telur satu per satu,,pukul lagi sehingga sebati kira2 dalam 5-10 minit.
2. asingkan acuan mengikut warna yang korang suka..letak dalam loyang tapi asingkan mengikut warna jangan letak bertindih,,maknanya di sini bekas lain2..so, korang kena ada loyang yang sama untuk beberapa biji mengikut warna yang korang buat tu..
3. korang boleh bakar atau kukus selama 10-15 minit atau sehingga kek masak..
4. sejukkan, then baru letak bertingkat2 tapi antara lapis tu sapu la jem ke atau krim supaya kek melekat..
5. then, boleh la letak topping dan hiasankannya !
untuk topping :
bahan :
1/2 cawan susu pekat
1 sb serbuk koko
1/2 sb minyak masak
50gram coklat masakan (cairkan)
gaulkan je semua bahan ni sampai betul2 likat dan sebati...
selamat mencuba !
0 kata2:
Post a Comment