apa khabar anda semua ? sihat ke idok ?? yuhuu sentiasa mendoakan anda sihat sentiasa hendaknya,, amin ! :))
apa plan hari ni memandangkan hari ni kan cuti,,orang Terengganu, Kelantan, Kedah pun cuti kan ? Tujuan entry kali ni nak share la dengan korang hari-hari terindah yuhuu kan,, semalam 2 JUN merupakan hari lahir yuhuu oke ,,, hehehe :) Alhamdulillah, diri ini masih bernafas dan sihat menjalani kehidupan di bumi ini,, untuk korang yang sambut birthday semalam, yuhuu ucapkan HAPPY BIRTHDAY, TWIN ! heheh :)
nothing special pun untuk tarikh semalam,, sebabnya yuhuu balik kampung sebab ada kenduri anak saudara sepupu kahwin,, so takde la celebration apa-apa pun,, tapi tetap happy la kan sebab masih berkesempatan melalui 2 JUN,, bersyukur tu perlu !
apa yang patut berkurang bila usia bertambah ? pendapat korang ? untuk yuhuu, macam-macam nak kena kurangkan dan ada yang perlu ditambah,, macam kata akak yuhuu, perasaan malu tak bertempat patut dikurangkan ! ya, yuhuu ni sangat la pemalu dan sangat tak bertempat,, even nak nak bertanya pun malu macam la tak pakai baju tapi nak buat macam mana,, saya sangat malu ! so, yuhuu patut kurangkan perasaan malu yang tak bertempat tu,, malu tu perlu tapi biar bertempat ! dari sudut lain pulak, yuhuu patut kurangkan habit suka bershopping tu,, kalau dah berkerjaya tak pe la jugak ,,
apa yang patut tambahkan dalam diri ialah, bersifat lebih rajin dalam mengemas rumah,, ohh, sangat la malas kan terutama nak kemas baju,, nak basuh baju, lipat baju,,tak suka ! habisla bakal suami tahu ni kan,, huhuhu :0 korang jangan contohi sikap malas ni oke,, selain tu yuhuu nak tambah ilmu dalam perniagaan dan tambah skill dalam masakan dan membuat bakeri,, tu yang yuhuu minat.. impian sekarang nak ada wisma sendiri dan kek di bawah label yuhuu sendiri,, ala2 secret recipe gtu ,,, hhehehe :))
tula azam yuhuu sempena usia meningkat ni,, azam korang pulak ?
0 kata2:
Post a Comment