leave ur footprint oke

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

25 August 2014

first for 2014

Assalamualaikum..

tetiba mood pagi ni nak berblogging. mood nak bercerita. tapinya tangan yang menaip la kan. harap harap masih ada pembaca nya .. ada ke ?? buat buat angguk je sudah.

well, biar orang tak tanya pun tapi nak kasitau jugak. saat ni, hanya berbaki 6 hari sebelum aku bergelar Puan. hehehe macam macam perasaan oiiii... debar dup dap dup dap, stressful here there, excited tahap nak loncat katil, sedih semua nya la.. and obviously terlalu banyak mikir itu ini..

semua pengantin rasa benda yang sama kot.. kepada yang bakal macam aku, korang rasa ke idok ?  for sure rasa jugak. nasihat aku, SABAR ! yes , itu kuncinya supaya sentiasa tenang. takyah dok risau melampau, kita dah atur sehabis baik mungkin. serah yang selebihnya pada Allah. mudahan semuanya berjalan lancar. (ayat nak sedakan hati sendiri) :))

selain tu, banyakkan senyum. baru lah bertseri sikit kot muka tu. orang tua kata la kan. tapi betul hjugak. senyum je hadapi pelbagai macam dugaan yang datang, itu buat kita lebih kuat.. (dah macam pakar motivasi pulak) maaf la ter'feeling' motivator plak pepagi nih..

rasanya lepasni nak bergiat aktif balik dengan blog ni.. biar takdek yang baca pun. haha

nanti nak mikir topik best nak share. kbai !

credit : Google


meqaseh meluangkan masa d sini !

13 November 2012

akibat sibuk melampau

Assalamualaikum,, hye !

lama tak menulis. rindu nye kat kayangan nih.. pembaca entah ada entah tak la nih kan.. kalau masih ada tu Alhamdulillah. terima kasih uols..
tak tahu nak tulis apa pun. takde specific topic pun nak share just wanna write something.. sekarang yuhuu busy kerja so sangat terhad masa nak membelek blog ni.. nak jelajah blog orang pun memang tak cukup masa.. rindu nak ada masa untuk berblog lagi..
Yuhuu sekarang kerja kat Berjaya Hills.. ala, yang French Village tu.. untuk korang yang still tercari2 destinasi nak bercuti, datang la Berjaya Hills Bukit Tinggi Pahang.. Boleh la melakukan kerja2 google kalau nak tahu tempat apakah ini.. seronok la jugak jalan2 kat sini.. macam berada di French gitu !..boleh la contact yuhuu kalau nak kan bantuan masa jalan2 kat sini ye.. huhuhuhu
Kerja kat sini memang mencabar nak lagi yuhuu kerja untuk department finance..memang mental fizikal kena kuat.. kalau sesiapa berminat nak mencuba kerjaya kat sini pun boleh. akan ada walk in interview kat sini setiap hari Rabu.. datang je terus ke department HR..kalau kena dengan kekosongan insyaAllah dapat la... kerja kat sini boleh je tolong sesiapa yang nak membina kerjaya..tapi kena sanggup kerja tanpa kenal erti cuti.. Public Holiday je susah sikit la nak cuti sebab time tu memang busy yang amat! tapi seronok kerja time Public Holiday.. sebab bos semua akan turun padang jugak jadi penjual tiket, housekeeping, atau apa2 la kerja yang memerlukan pertolongan..
Eyhh3, ter'promote' lebih la pulak..
sila la datang dulu tengok suasana di sini..




meqaseh meluangkan masa d sini !

22 January 2012

pom..pom..pom !

Assalamualaikum !  =)

hye readers sekalian !
nothing to talk much.. just wanna say happy chinese new year !

tarian naga utk uols !

seronok la kan cuti lama.. lama ker ? 4 hari ? 5 hari ?
oke la tu kan .. guna kan sebaik yang mungkin.. kalau student diploma mesti ada yang serabut dengan test, quiz, atau assignment yang banyak kan ? ye, saya tahu tu,, nhahaah =D
untuk student degree, selamat bercuti ! haha,, sebulan setengah uols cuti kan ,,, lama kot !
jaga diri, jaga kesihatan sepanjang cuti ye,, tak yah la nak merempit sangat ke apa ke,, orite ?!



 dan tak lupa juga, buat family allahyarham Izwan Pilus, takziah buat anda sekeluarga.. yang hidup pasti akan menemui mati, itu janji Allah ! sabar itu perlu !
mari lah kita sesama sedekahkan Al-Fatihah.. diharapkan rohnya sentiasa dirahmati Allah s.w.t.........


meqaseh meluangkan masa d sini !

28 November 2011

kecekalan dan ketabahan perlu buat seorang bergelar GM

Assalamualaikum  ,,  =)

hye readers,,,
apa program uols hari ini,, mesti tengah cuti sakan kan,,

yuhuu tak sempat nak bercuti sakan sangat la aihh sebab assignment yang seinci lagi nak sama dengan gunung kinabalu,,,(oke, itu mitos)
nama pun student, assignment, study semua tu fitrah la kan,, tak yah nak merungut sangat la yuhuu oiii,,,
hari ni memang nak share dengan korang pasal salah satu assignment yuhuu pun,,
sem ni yuhuu ada course ETR ; entrepreneur .. kena enstablish business sendiri,, buat business plan,,macam2 nak kena pk,, cost, profit, bla bla bla..
dan yang paling yuhuu rasa susah dan berat sebab yuhuu d pertanggungjawabkan memegang jawatan GM.. ye, general manager, uolsss..
walaupun just business plan tapi kena buat real giler,,
huhhh ! serius mencabar tapi ni bagus untuk yuhuu yang memang ada impian + harapan + cita2 nak bukak business sendiri,,
to all my group member atau lebih manis my managers, i'll give 200% attention + focus and effort toward this final project paper ! wahhh ! amekaw ! ada gaya GM's speech tak ?? ~ haha


setakat ni, inilah logo business kami,,
mesti uols da boleh buat prediction based on this logo rite ?!

takpe, nanti yuhuu akan update dr semasa ke semasa tentang business plan ni,,
cewahhh

tips menjadi ketua yang baik :-
  • mentaliti - mesti ada kebijaksanaan atau kebolehan untuk handle segala macam jenis situasi sama ada buruk baik. supaya tak la tersalah buat keputusan.
  • kemasyarakatan - boleh memberi dan menerima pendapatan orang lain. tak delah orang lain menyampah sebab kena dengar cakap ketua je semua. adakalanya, idea dari orang lain juga bernas !
  • moraliti - disiplin harus ada oke ! baru orang respect kita 
  • empati - boleh memahami orang lain dan ada juga sifat simpati. tak de la pekerja rasa macam kuli.
  • kesedaran - kena sedar setiap orang ada kelemahan dan kelebihan, walaupun bergelar GM. jangan ingat diri tu bagus sangat ! 

orite, kepada sesiapa yang juga ada course macam yuhuu, dan juga berjawatan seperti yuhuu, tips di atas mungkin bole la diaplikasi ye ,,



meqaseh meluangkan masa d sini !

04 November 2011

Da boleh buat pilihan ! ~ kalau taknak menyesal !!

Assalamualaikum ,, :)

hye readers !
jantung uitm's student sekarang ni memang tengah pam selajunya kan,, ~ yuhuu tahu !
result will be announce ! gudLuck all !
musim cuti sekolah pun da tak lama je kan,,
kalau cuti sekolah je semua pun tahu berkaitan apa kan ?
tak lain tak bukan,, kalau yuhuu la, yuhuu akan terlintas terus kenduri kahwin !
i like ! ~ yuhuu suka p kenduri sebab yuhuu nak tengok pengantin dan pelamin ! ~ h0h0h0
pengantin harus la canteq ! dan pelamin vouge habis la kan,, suka tengok !
dan entry kali ni berkaitan pelamin,, ~ yuhuu nak share dengan bakal2 pengantin yang masih tercari2 pelamin atau tema yang sesuai,,
untuk bakal pengantin tahun ni mesti da ready kan,, untuk majlis tahun depan, uols pun da kena ready sepatutnya kalau tak tak dapet den nk nolong haaaa,,, ~  :)
here yuhuu share dengan korang butik2 pengantin,, kekalau korang belum tahu nak ambil kat mana ,,,
hope dapat la membantu ye,,,

favourite yuhuu nih ! unik kan ?

wow ! superb !

pun oke !  :)


ni ada link butik2 pengantin,, ~ just click oke !

ohh penat ! oke,, ~ ni cukup tak ,, cukup la kan ?
orite,, selamat pening untuk memilih pelamin untuk hari bahagia !  :)
btw, sekarang ni tengah hot style moroccan,, korang try la google style tuh,, ~ cun !
eyh tapi jangan lupa, jangan terlalu nak ikut trend oke,, 
kena la bersesuaian dengan poket anda ,,
lepas kahwin kan lagi banyak nak pakai duit,, so jangan nak membazir sangat sebab nak pelamin or majlis yang besar gilang gemilang bagai ,,, :)
kesederhanaan lebih digalakkan,,,
sekian !

meqaseh meluangkan masa d sini !

20 October 2011

rahsia dah terbongkar

assalamualaikum !   =D

hye readers !
apa khabar anda2 semua ? sihat je kan ? alhamdulillah ! yuhuu pun sama !
today, macam nak share dengan uols tentang rahsia warna bunga ros,,
mungkin antara korang ada yang dah tahu tapi takpe,,
bagi yang tak tahu info ni mungkin berguna ! =D



MERAH
tulus, ikhlas, berani ~ kalau korang dapat ros merah maknanya si dia memang cinta kn korang la,,, ros merah ni untuk menyatakan ' I love u'

PINK
gembira + syukur ~ ros pink sesuai kalau korang nak ucap 'terima kasih' kat sesorang !


KUNING
persahabatan/permulaam sesuatu yg baru ~ kasi la ros kuning dekat orang yang korang nak ucap tahniah atau kalau korang baru je bersahabat !

PUTIH
suci ~ biasa nya digunakan dalam majlis perkahwinan sebab perkahwinan tu kan suci !

UNGU
cinta pandang pertama ~ oke, guys,, kalau korang da jatuh cinta pandang pertama, kasi la c dia ros warna ungu !

OREN
keinginan ~ ros oren untuk menggambarkan yang c pemberi berharap untuk hubungan tu pergi lebih jauh ,,,



HITAM
kesedihan ~ ros hitam menggambarkan kesedihan sama ada untuk mengatakan selamat tinggal atau biasanya tentang kematian  ;(



BIRU
mustahil ~ menunujukkan yang hubungan yang terjalin sekarang mustahil dapat d teruskan !




so, uols kalau lepas ni dapat bunga ros, at least korang da tau la kan apa maksud c pengirim,,, =D
meqaseh meluangkan masa d sini !

17 October 2011

tips jumpa bakal mertua

assalamualaikum !   =)

hye ! how's your day today ?
setelah dua hari bercuti berjimba, hari ni start balik rutin harian kan,,
yang kerja, kembali men'stress'kan kepala dengan kerja yang banyak, sama jugak yang sekolah dan yang menuntut d IPTA ,,
relax and chill je semua ye ,,
ada sesiapa yang berdebar nak jumpa bakal mertua ??
haaa, hari ni yuhuu nak share sikit tips2 untuk jumpa bakal mertua ?

1 - kenal bakal mertua
sebelum jumpa kena la kenal kan ,, korang jadi agen penyiasat la sikit ,, soal siasat pasangan korang tentang mertua,, apa dia suka, tak suka,, penting kot ! nanti korang borak2 tetibe tercakap perkara yang dia tak suka, memang penyapu la anta korang depan pintu ,, =D

2 -  borak di telefon
hadoi,,memang tak la kan ,, hahah ,, eyh tapi ini perlu oke,, korang try2 la call dulu mertua ,, tanya khabar ke , so dari situ korang boleh tahu serba sikit pasal mertua ,, garang ke, lembut ke, suara rock ke, suara macam fara fauzana ke ,,, =D



3 - on time please
yang ni lagi penting, darLing ,,, orang tua2 memang tak suka kalau anak menantu tak tepati masa,, kalau da janji nak jumpa pukul 5, at least korang sampai la pukul 5 ,, nak lagi bagus korang sampai awal ! nanti mertua pun kasi korang 4 bintang ,,, ****

4 - appearance
takkan nak jumpa mertua pakai kaen batek ? takkan nak pakai bikini ? haha,, so, pandai2 kan la cari appropriate cloth untuk tampil special pada hari pertemuan,, nampak hipokrit ? taklah, penampilan harus d jaga,, kalau mertua tengok korang selekeh, comot, atau terlalu seksi, confirm dia panggil anak dia balik seta merta or penyapu hantar korang ke muka pintu ,, =D


5 - budi bahasa budaya kita
amekaw, pepatah pulak,,, nak cakap dengan mertua takkan nak cakap "gua" "lu" "aku" "kau" ,,, tak sesuai deq non .. hehe,,,bila bercakap sila la bersopan ye,,  kelakuan kena jaga, tak ya nak jadi belangkas dengan pasangan anda,, dampingi mertua lagi bagus ! tapi jangan sampai dia rimas lak,, kalau waktu makan tu jangan la gelojoh sangat ye jah !



ni lah tips ringkas dari yuhuu,, apa yang penting ialah, korang jadi diri sendiri cukup ! tak ya nak over sangat, tak ya nak cover sangat ,, kan bagus begitu,, nanti mak mertua pun cakap kat anak mereka (pasangan korang) " kelassss kau deq non"  =)
meqaseh meluangkan masa d sini !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERDAPAT DI ATAS ADALAH MILIK YUHUU'S KAYANGAN