leave ur footprint oke

Showing posts with label kim jong kook. Show all posts
Showing posts with label kim jong kook. Show all posts

25 April 2013

Musim

Assalamualaikum wbt.. Hye ! Sekali lagi ada masa nak update.. Alhamdulillah.. Pada hari Khamis yang barakah ni, apa aktiviti korang.. untuk yang bekerja, yuhuu ucapkan selamat bekerja! kerja dengan penuh keikhlasan oke.. kelak, rezeki yang kita dapat pun berkat.. haaa,, siapa yang dah gaji tu, ape lagi.. meh la belanja.. hekhekhek..
oke saya melalut.. yuhuu nak share je dengan pembaca yang cun melecun sgak bergaya sekalian tentang pelbagai musim yang melanda sekarang.. musim demam, musim berkempen, musim mengundi dan banyak lagi.. kalau yuhuu ni banyak nye musim rindu.. ye! saya rindu awak lah ! hahaha.. da 3 minggu tak jumpa.. call pun jarang, texting apa tah lagi.. sebab yuhuu kan kerja, jadi macam tak de masa sangat da.. so sorry cinta! hihihi
sekarang jugak demam berkempen bagi golongan politik kan.. selamat berkempen.. jangan guna taktik kotor yang penting..oke? macam la orang politik baca blog nih..ape laaa...untuk pembaca yang terlibat dengan kempen, jangan buat sesuatu yang bodoh ye.. jangan membahayakan diri sendiri oke..sayangi diri anda..cewahh..macam buat iklan..


1 lagi, sekarang ni memang musim banjir kilat ke.. takut pulak yuhuu tengok dan baca berita banjir kilat ni.. kalau tak silap ada berlaku dkat Sabah jugak..lately ni kat area KL...haishh.. kat Kuantan pun cuaca tak menentu,..kalau nak hujan...ribut dia memang tak hengat!..hahaha...

one more thing.. hari ni birthday KIM JONG KOOK... haha
"HAPPY BIRTHDAY OPPA !"


oke la sekian sahaja..sebenarnya saya menulis di office.. kena cover2.. hahaha..
daaaa uolsss..


meqaseh meluangkan masa d sini !

30 May 2012

My Han Namja

Assalamualaikum pembaca ! =)

lebar senyum kan,,, sihat ke semuanya ? Alhamdulillah.. haa, yang terbatuk-batuk tu cepat p makan ubat tapi sebelum tu jangan lupa selawat dan bismillah dulu.. pesanan ringkas yang sememangnya lari dari topik..

mesti semua da tahu kan apakah han namja ? tu bahasa korea,, maksudnya one man .. korang taknak share ke han namja korang dengan yuhuu.. cerita la sikit kriteria korang tu,, haksss,, tak salah nak tetapkan kriteria.. yuhuu pernah dengar satu ceramah ni,, ustaz cakap,, haruslah perempuan kena memilih si lelaki sebab tu kan imam kita,,so, haruslah memilih imam,, berbanding dengan kaum lelaki yang hanya perlu memilih makmumnya.. senget imam senget juga makmum,, kan ? so, jangan setakat muka je nak handsome bagai ye.. muka da macam korea, hindustan tapi doa Qunut gagap macam mana pulak kan.. erm,, bukan nak mengutuk atau merendahkan sesiapa di sini,, tapi nilah hakikat.. keluar bandar nak smart, nampak handsome tapi berapa ramai yang macho dan segak bergaya tu betul fasih isi kandungan Al-Quran.. yuhuu juga sedang mengingatkan diri sendiri.. tapi tak semestinya juga yang berjubah dan berserban itu benar mendalam ilmunya Islamnya..pokok pangkalnya tanya iman masing-masing.. tak salah bergaya tapi pengisian minda dan hati tentang agama jangan kosong,,, =D


cukup tazkirah saya,,ehem2.. meh, sekarang yuhuu kasitau korang han namja yuhuu.. ahakss,, macam la ada yang nak tahu,, siapa yang saat ni masih membaca, TERIMA KASIH, awak !
yuhuu selalu mengimpikan lelaki yang gila-gila..jenis yang nakal, suka mengusik ! tak suka yang terlalu romantik, cakap slow je.. kadang-kadang bermulut manis takpe,, sebab yuhuu ni kan kepoh+kecoh+riuh jugak la..
lagi, yuhuu suka lelaki pandai nyanyi.. tapi bukan la nak penyanyi,, cukup sekadar tahu menyanyi yang tak kelaut sangat,, boleh pegi karaoke sama2,, ;p

jom karoke !
lalallalalala ~

suka lelaki yang berisi/ chubby sikit,,tak suka kurus sebab yuhuu bukan kurus pun..tapi yuhuu tak suka lelaki badan berketaq-ketaq sangat macam ahli bina badan,, tak boleh tengok, geli ! sorry ! tapi yuhuu suka tengok KIM JONG KOOK !
nih dia ,,,

badan dia tak besar mana pun walau ada keatq-ketaq tu,, *ngeeeee
dan dah tentunya yuhuu mencari lelaki yang mampu menjadi pelindung di dunia dan pembimbing perihal agama dan kehidupan kekal abadi kelak.. cewahhh !
yuhuu memang suka berangan.. kita boleh letak apa sahaja yang impi dan idamkan.. tak salah tapi kita kena ingat Allah tak kasi apa kita nak tapi Dia kasi kita apa kita perlu !


untuk yang nak tengok lagi gambar-gambar kim jong koom atau updates pasal dia boleh la klik Jong kook Han namja



meqaseh meluangkan masa d sini !

28 March 2012

penyakit histeria datang lagi

Assalamualaikum semua !! =)

senyum sikit,,sikit je,,jangan over sangat lah..tak mo masam2 muka tu okey,,da masuk kayangan ni kena ceria sokmo,,sangat la lama tak hapdate kayangan kan,,agak2 uols rindu tak,,cehhh,,padahal kalau hapdate pon bukan ada isu sangat kan,, hahah.. nama pun blog peribadi,,of course kisah2 peribadi je ye dop?? kali ni nak cerita sikit pasal kegilaan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ni..

eyh, bukan isu pasal buang bayi atau anak gadis hilang ataupun lari ikut pakwe masing2..itu pun sati isu jugak tu,, macam2 kan..mereka ni bijak pandai sebenarnya,,yelah,,kreatif benor berfikir sampai boleh reka plot kisah dorang nak lari rumah tu,, lawak pun ada,, oke, sudah2,, taknak komen pasal ni pun,,sebab tak tahu jalan cerita sebenar kan..

nak story mory pasal lately ni yuhuu perasan ramai orang gila benor dengan cerita RUNNING MAN.. haaa, korang yang sedang baca ni tengok jugak ke,, kalau tak silap sekarang dah sampai episod 87.. yuhuu pun ada jugak tengok,, tapi taklah sampai fanatik benorr.. best tu best la jugak.. gelak sorang2 macam kena rasuk depan lappy..dia sebenarnya korea punya variety show..tak reti nak terang banyak2,,korang patut try tengok la kot..ni link nya yuhuu kasi ---- > running man

ni pic artis2 yang terlibat,,

1. Kim Jong Kook 

2. Ha Dong Hoon

3. Yoo Jae Suk

4. Kang Gary

5. Ji Suk Jin

6. Song Ji Hyo

7. Lee Kwang Soo

ni la fixed member Running Man..ada sorang je perempuan..tapi dia sangat la bijak..dorang ni ada gelaran masing2,,kalau nak tahu, kena la tengok ye..

selamat menonton !

meqaseh meluangkan masa d sini !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERDAPAT DI ATAS ADALAH MILIK YUHUU'S KAYANGAN