leave ur footprint oke

12 February 2011

belajar cari duit

:::2009:::
penjual : Assalamualaikum. nak beli mee goreng? nasi lemak pun ada...
pembeli : Berapa ringgit ni ?
penjual : RM1.50.. Beli la, sedap, panas lagi...
pembeli : Boleh la, nasi lemak 1..
penjual : jual ye, terima kasih..
pembeli : terima kasih, sama2...

:::2011:::
penjual  : Assalamualaikum..hai, nak beli mee goreng ? sandwhich pun ada.. aiskrim pun ada juga..
pembeli : erm, berapa ni?
penjual  : RM1.50 je. baru lepas masak.. panas lagi ni,. beli la..
pembeli : boleh la kak..nak sandwhich 1..
penjual  : oke..terima kasih,,jual ye
pembeli : oke..terima kasih dtg..beli..

korang faham tak apa aku maksud kan dialog kat atas ni...
erm, mesti tak berapa kan..??
dialog 2009 adalah di antara peniaga yang pernah berniaga bilik ke bilik menjual makanan dan antaranya bilik aku la...
tapi,,,,
dialog 2011 adalah dialog antara aku dengan pembeli yang berada di bilik masing2..
hahaha
faham tak..

meh aku story morie kat korang..
dulu masa aku study kat uitm Dungun yang indah permai 2, selalu tiap2 malam akan ada akak senior datang bilik ke bilik jual makanan..so, senang sangat tak payah nak turun dining...
tapi, aku dah pindah kat uitm Jengka ni,..aku lak yang menjadi perniaga nye.. huhuhu
aku lak yang berniaga menjual makanan untuk mereka2 yang malas turun ke dining..

can u imagine...???
hahahaha
aku pun tak percaya tapi ni lah hakikat nya..
demi menerus kan kehidupan kat jengka ni, aku ambil inisiatif untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan,..at least aku ada lak sedikit duit poket..
ada gak orang tanya, datang sini nak kerja ke nak belajar...
of course la belajar yang utama nya...tapi tak salah bagi aku untuk berniaga...
siapa yang nak bagi kita duit macam tu je..betul tak..
and bagi aku setakat ni InsyaAllah masih tak mengganggu pelajaran aku ...

so, kepada readers blog aku ni, kalau ada antara korang adalah penghuni kompleks, support la bisnes aku k... kalau ada 2 orang perempuan (mestilah perempuan kan?) datang bilik korang jual, mee goreng, kuey teaw or sandwhich, tu kawan aku la 2..
setakat ni aku di bantu oleh kawan aku ADA..dia yang jual kan makanan yang aku masak kat bilik2 dak kat hostell... thank you ADA....

selain tu, aku pun ada gak bisnes lain iaitu..
perniagaan shawl...
hehehe
suka benor aku berniaga kan...
haruslah,... !!!

meqaseh meluangkan masa d sini !

0 kata2:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERDAPAT DI ATAS ADALAH MILIK YUHUU'S KAYANGAN